Jangan Meremehkan Sedekah Orang

Assalamualaikum..
Chmie dilanda kebOringan..
nk updet blOg.. xde idea nk tulih..
tp nih bukannya updet ker neh..?? huhuhu
nih pn juz shOrt n3.. Chmie baca Mstar Online td..
tertarik dgn tajuk dalam bhgn Agama ni...
Jangan Meremehkan Sedekah Orang
hurmm.. slalunya la kan.. 
akan terdetik jua di jantung.. 
kalau org kaya nk bersedekah jerp.. 
kita mesti ckp " ahh nk tunjuk hebat la.."
"riak la tu" ade jerp yg x kena..
sepatutnya bila org bersedekah tuh.. kita lafazkan ALHAMDULLILAH.. murah rezeki dia.. 
ini tidak.. nk bang bang bOom jerk.. 
bab keikhlasan dia tuk bersedekah tuh
 bukannya hak kita tuk menilai..
itu urusan dia ngn ALLAH..
sO, kekwn meh baca artikel psl tajuk di atas...
mOral Of the stOry..
"Bersangka baik dengan Orang =) "

Hadith:
Dari Abu Mas’ud r.a katanya:”kami diperintah Rasulullah s.a.w supaya bersedekah sedangkan kami hanya sebagai buruh kasar atau kuli.
Namun Abu Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lainnya mengikutinya dengan menyedekahkan apa sahaja namun lebih banyak dari itu.
Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata:”Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak memerlukan sedekah itu dan ini. dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riya’ semata-mata.”
Kerana ucapan mereka itu maka turunlah ayat :”(orang-orang munafik iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka.
Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan mebalas penghinaan mereka itu dengan siksa yang pedih.” (at-Taubah:79)
Huraian :
Allah SWT Maha Mengetahui siapa diri kita yang sebenarnya. Apa yang nyata keislaman seseorang tidak diukur oleh luasnya ilmu agama yang dimiliki.
Tidak juga diukur oleh kekuatan ibadah semata. Tetapi keislaman itu diukur pada orang yang paling ikhlas dalam agamanya termasuk dalam bersedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin yang sebenar akan sanggup menawarkan hartanya demi mempertahankan agamanya, sementara orang munafik pula akan sanggup menawarkan agamanya demi mempertahankan hartanya.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
p/s: Chmie nk kuar g MAHA ni.. kali ke3 pegi... bawak si kecik Iman.. ALHAMDULILLAH x meragam =) ari ni last day.. jOm kekwn.. jumpa di sana ;)


Comments

betul jgnlah nk meremehkan sedekah org..biarlah dia nk bersedekahkan, sngka baik jelah...bestnya pegi maha..sy xpgi lagi..ade budak etcik risau plak nak bwk dia
nazirulhazwan~ said…
benar2. org islam melayu mmg gitu, jrg nak tgk kebaikan org, selalu je cari slh.haih
Anonymous said…
А! Questo è stato abbastanza a condizione che vi sono molti là fuori che aspettano solo di destra.

Popular posts from this blog

::nk diet!! ::

81 Hari lagi bakal bertemu Ramadan Kareem...