CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

::My Lovely Day::

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

My Baby =)

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, December 3, 2010

Wah.... da dapat 1.5juta pengunjung =)

1.5 juta???? whatzzzz

serOnoknya... da der pengunjung smpai 1.5juta...
kira da millionaire da neh.. ngehngeh...
gempakkan... 
tp bukan pengunjung blOg ini yer...
blOg yg suam² kuku ni belum smpai ke tahap itu yer...
tuan rumah masih bersabar & masih meneruskan perjuangan dalam dunia blOg ini.. =)
gigih yer kekwn...
tajuk di atas ditujukan pada pameran MAHA 2010..
da mencecah 1.5juta...
 pengunjung yg ke 1.5juta ni seorg pensyarah dari POLISAS..
poli tempat en. hubby belajar dolu..
yg beshnye.. pensyarah ni baru 1st time dtg MAHA..
sO memang rezeki dia la.. dapat pressie lagik...
beshnye.. dapat fly tO Perth.. dapat 5 nangka madu & seekor kambing Boer ;)
sila baca berita selanjutnya =)
sumber dipetik dari Berita Harian


Pensyarah turut terima tiket penerbangan ke Australia

SERDANG: Saya terkejut apabila kereta kami ditahan, ingatkan buat salah apa, rupa-rupanya saya mendapat hadiah istimewa termasuk kambing Boer apabila dinobatkan sebagai pengunjung ke 1.5 juta, kata Pensyarah Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Udin Ahmad.

Udin, 54, yang pertama kali mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2010) di sini, turut memenangi dua tiket penerbangan ke Australia dan lima biji nangka madu. Saya tak tahu bagaimana nak bawa kambing ini balik sebab saya bawa kereta kancil, mungkin esok (hari ini) saya bawa balik Boer ini melalui kereta kawan, katanya kepada media selepas majlis pengumuman pengunjung MAHA ke 1.5 juta semalam.

Penyampaian hadiah disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Turut hadir, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen.

Ketika ditanya apakah yang akan dilakukannya dengan kambing Boer itu, beliau berkata, belum membuat keputusan sama ada untuk dijadikan lauk kenduri atau membelanya.

Sementara itu, kaki pancing dicabar Jabatan Perikanan untuk menyertai pertandingan Cabaran Memancing MAHA pada 5 Disember ini yang bertempat di Kolam Laman Perikanan, Tapak Pameran Agro Malaysia Serdang (MAEPS).

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood, berkata bagi tujuan itu sebanyak 1.5 tan ikan pelbagai jenis termasuk ikan patin dan tongsan sudah dilepaskan pertengahan bulan lalu.


comelkan bOer neh.. ;)


3 kata² pujangga:

echa said...

itula rezki namanye kan......

Ummi Iman said...

itula.. rezeki ade di mana² tuh.. =)

Ciklinn said...

rezeki sidia...... esok lusa rejeki kita lak kankankan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...