Astro Tegur Lisa Surihani Kerana 'Gila Babi'

 Salam uolss... terkejut Chmie bila baca Mstar ni.. Lisa Surihani cakap 'gila babi' dalam Mari Menari.. huhuh... tp bila baca citer sebenar... she doesn't mean it.. hihi... dia mcm teroverexcited gitu.. smpai terkuar wOrd tuh.. 
apepun... ku tetap minat sama itu Lisa Surihani.. no matter what..
so cOmel.. =)
tp dia xde affair lgik ngn Abg Farid ker..? 
hurm.. bia la kan.. nk gOsip² lak pepagi neh ;)
love tO see Lisa wears hijab.. so nice..
x miss tgk citer tudung ekspress tuh..
ape² all d best tO u la Lisa..
hahah ade ke Lisa baca blOg Chmie ni...??
xpe la.. adiOs amigOs =)

cOmel kan.. =)

indahnya ciptaan Tuhan =)

PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani mengakui niat sebenar ungkapan “gila babi” ketika mengacarakan program Mari Menari minggu lalu adalah bagi memberi semangat kepada pasangan adik beradik dalam program tersebut.
Jelasnya, dia tidak bermaksud untuk mengaibkan pasangan tersebut dengan mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh.

“Situasi itu berlaku ketika pasangan MM Nita memberi persembahan terbaik, jadi niat saya adalah untuk memberi sokongan kepada mereka dengan berkata "persembahan mereka hebat gila babi",

“Saya rasa itu adalah perkataan harian dan tidak salah sebab saya bukan melebelkan seseorang dengan perkataan yang tidak senonoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Bagaimanapun, Lisa mengakui perkataan tersebut kurang sesuai untuk digunakan ketika pengacarakan sesebuh program secara langsung seperti Mari Menari.

“Selepas selesai program tersebut saya ada ditegur oleh pihak produksi Astro agar lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih perkataan.

“Saya juga menganggap ia sebagai satu pengajaran kepada saya. Namun Alhamdulilah ramai peminat dan penonton Mari Menari memahami apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya,” katanya yang semakin selesa mengacarakan rancangan terbitan Astro itu.

Selain itu, pelakon Lagenda Budak Setan ini juga berjaya mengumpul seramai lebih satu juta peminat di laman sosial Facebook miliknya.
Dia yang menubuhkan laman sosial tersebut sejak tahun 2008 mengakui Facebook itu adalah salah satu cara untuk dia berinteraksi dengan peminat-peminatnya.

“Alhamdulilah sejak menjadi anak seni saya sentiasa disokong oleh peminat yang tidak putus-putus beri semangat. Saya jadikan laman sosial tersebut sebagai salah satu cara untuk menghargai dan berterima kasih terhadap sokongan mereka.

“Dari situ juga saya boleh berkongsi perasaan suka duka bersama mereka. Namun bagi saya cara ini bergantung kepada individu atau artis bagaimana mereka menghargai pemiant mereka,” katanya.

sumber dipetik dari Mstar




Comments

heheh bese la kalu on air. kdg2 over teruja. hbs semua terlepas ckp or gaya..
Ummu Iman_Irfan said…
tu la psl... itula yg pyhnya jadik public fon.. opss.. public figure ;) kan..
mama tisya said…
dh lama tk tgk mari menari...

**best citer sosial network tu..psl founder facebook..p la tgk

Popular posts from this blog

::nk diet!! ::

81 Hari lagi bakal bertemu Ramadan Kareem...