Tazkirah Jumaat - Petua 8P rumahtangga
Assalamualaikum semua...
Di pagi yg mulia ni.. mari kita berkOngsi petua tuk memantOpkan rumahtangga yer.. =)
pada yg belum berumahtangga.. keep dis petua..
nti da kawen senang...
Insya ALLAH, aman bahagia rumah tangga =)
Petua ni diberi Oleh Ustazah Siti Nur Bahyah..
1) Puji iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2) Peluk yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3) Penghargaan di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4) Perhatian yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan,
5) Persefahaman penting dapat kehidupan berumahtangga. Kurang persefahaman akan menjadikan rumahtangga itu goyah..
6) Pergaulan iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7) Percutian di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8) Permohonan iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
Renung² kan & selamat beramal =)
Comments
salam perkenalan jua..