|Salahkah wanita x tahu memasak..?|

Artikel dipetik dari i♥Islam

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Bagi pendapat aku la kan… salahkah wanita tak pandai memasak?..tak salah.. cumanya lelaki zaman sekarang ni lebih sukakan wanita yg pandai masak.. nak² yg pandai masak mcm ibu dia…itu pilihan dorang..nk wat cam mane kan.. klu isteri x reti memasak, ape slhnye suami isteri belajar same2, jika berkesempatan sediakan hidangan bersama².. sO, dari situ terbentuk interaksi antara suami isteri & mencambahkan lagi kasih sayang...tp jika isteri tuh pandai memasak adalah 1 bOnus tuk suami tu..  itupun tuk menjaga hati suami, merapatkan hubungan sekeluarga, mendapat keberkatan dalam rumahtangga plus memupuk kasih sayang suami pd isteri..

Bab suami kena belajar menjadi Imam tu aku setuju.. coz  lelaki adalah khalifah untuk isteri dan anak2 nye nanti.. sekiranya seorang lelaki itu jahil dalam agama pasti pincanglah rumahtangga.. Isteri perlu memasak kerana air tangan isteri atau ibu akan membuatkan keluarga lebih sihat n kesihatan terjamin sebab masakan yang dihidang adalah halal dan bersih.. air tangan isteri & ibu itula yg merapatkan kasih sayang =)

Bagi lelaki… x perlu mencari teman secantik Balqis jika diri x setampan Sulaiman.. same gOes tO isteri.. klu diri x sempurna , belajarla tuk jadi yg sempurna tuk pasangan kita..

frOm nOw on.. jgnla bertekak tuk tunjukkan sapa yg lebih n sapa yg kurang.. kerna ape yang penting adalah kerjasama.. plus hidup kita hanya sementara. Seorang suami wajib tahu peranan sebagai ketua keluarga dan wajib menjadi imam keluarga dan seorang isteri perlu pandai menjaga aurat & pandai menguruskan rumahtangga supaya ianya tidak menjadi fitnah dunia & hubungan kekeluargaan itu bahagia ke akhirnya..

ku bersyukur sgt kerana en. Abang seorg yg x cerewet psl mkn.. ape jua yg aku masak sume Abang mkn..  pas2 aku musti tanya Abang, ape yg kurg? rasa mcm mane ? Sedap x? dan en. Abang mesti beri jwpn yg +ve.. klu der yg kurg pn dia akan ckp..sO aku leh improve.. coz aku nk yg terbaeekkk tuk famili aku =)

Ape² pun renung² kan la.. dan berfikirlah dengan waras.. Tepuk dada Tanya Iman.. opss.. kena tanya Iman.. agak² Iman ckp ape yer…. ? ;) siut ah Ummi ni.. :P Astaghfirullah Al Azim...


Aku lah cHef terbaeeekkk tuk family ku =)





Comments

Popular posts from this blog

::nk diet!! ::

Weii... xde hati perut ker...?

81 Hari lagi bakal bertemu Ramadan Kareem...