|Pentingnya Sentuhan|
Bagi memastikan hubungan hubungan suami isteri yang erat dan segar sepanjang tempoh perkahwinan, adalah disarankan supaya sering membuat sentuhan terhadap pasangan masing-masing. Apabila sentuhan dilakukan ianya dapat menunjukan suami dan isteri masih mengambil berat disamping ianya adalah cara terbaik untuk menyatakan kasih sayang masing-masing.
Terdapat pelbagai cara sentuhan yang boleh dizahirkan, tidak kira samada berdua, bersama keluarga atau ke mana-mana mengikut keadaan yang bersesuaian. Sentuhan ini juga dapat menyatakan perasaan romantik masing-masing.
Ramai pasangan Melayu sukar untuk menunjukan reaksi kasih sayang masing-masing disebabkan bukan tabiat dalam budaya bangsa di samping perasaan ego dalam diri masing-masing.
Masih belum terlambat bagi pasangan suami isteri memulihkan hubungan renggang masing-masing. Mulakanlah dengan sentuhan secara lembut kerana sentuhan inilah dapat menerbitkan rasa cinta kepada pasangan.
Setiap kali menyentuh pasangan, sentuhlah dengan penuh kasih sayang dan juga perasaan ikhlas.
Tidak kiralah usia perkahwinan yang baru atau telah lama, masing-masing perlu menitikberatkan peranan sentuhan dan menjadikan ia budaya dalam keluarga agar dapat melahirkan keluarga yang rukun harmoni dengan pembesaran yang gembira.
Amalkanlah sentuhan untuk menyuburkan hubungan suami isteri.
Nota kaki : En. suami sentiasa memeluk dan menciumku sebelum keluar rumah.. Klu en. suami x wat.. aii akan merajuk.. hahah bole gitew.. Klu en. suami x mulakan.. aii yg mulakan... gataiii noo...
source : Wanita Hari Ini
Comments