berita pagi... dipetik dr Mstar Online.. huhu... mcm pemberita plakz.. saje berkongsi cerita... apepun, bagi ku.. perkahwinan perlu restu kuarge.. setuju?? coz bila kita kahwin ni, kita bukan juz kawin ngn suami kita shj, tp kita kawen ngn keluarga dia jua.. ku doakan yang terbaik tuk mereka... sO renung² kan dan selamat beramal.... PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak,23, menafikan mahu menuntut hak penjagaan anak daripada isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar,34, sebaliknya kunjungan dia ke Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban, Selasa, adalah untuk menangguhkan permohonan sulh (perbincangan) yang dibuat sebelum ini. Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan mahu menjadi pasangan bahagia tetapi sayang sekali rumah tangga mereka sering diuji. Aidil berkata, laporan sebuah akhbar tabloid, Rabu mengenai tuntutan itu dipetik daripada sumber yang salah kerana dia tidak mempunyai apa-apa masalah mengenai hak penjagaan anak, Airit Rayyan Rizqi...