PANAS!! AirAsia Beri Sejuta Tempat Duduk Percuma Sekali Lagi

BESH.. BESH CEPAT² GRAB DIS OffER DA BOLE BAWAK  IMAN  GEBUSS  NAIK FLIGHT NEH WINK*WINK*.. KENA  GTAW  EN. ABG NEH NOW EVERYONE CAN FLY =)

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan memberi secara percuma satu juta tempat duduk sekali lagi bagi semua destinasi domestik dan antarabangsanya.
Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, tawaran itu akan bermula 9 November hingga 14 November 2010 dan tersedia secara eksklusif dalam talian di laman web www.airasia.com.
Ia berkata, tempoh perjalanan bagi kempen tersebut adalah dari 1 Julai hingga 10 November 2011.
Ketua Komersial Serantaunya, Kathleen Tan berkata, tempat duduk itu adalah percuma dan pelanggan hanya perlu membayar cukai lapangan terbang.
"Kali ini, terdapat dua lagi saluran Blackberry dan Android App selain daripada laman web dan laman mudah alih untuk pelanggan mendapatkan tempat duduk percuma mereka," katanya.
Tan berkata, pada Ogos tahun ini AirAsia telah memecah rekod jualan dunia dengan menjual lebih 500,000 tempat duduk dalam masa 24 jam semasa kempen 'Mind Blowing Fare' dengan tambang berharga RM1.
Menurutnya, bahagian percutian syarikat, AirAsiaGo, juga akan menawarkan bilik hotel berharga RM1 di destinasi domestik dan antarabangsa secara eksklusif menerusi www.airasiago.com.
"Tawaran itu terhad bagi tempoh tempahan 9 ke 14 November 2010, dan terpakai bagi tempoh perjalanan daripada sekarang hingga 31 Ogos 2011," katanya. - BERNAMA


Comments

nueeunlimited said…
suda x bleh masuk la.. asik kuar gambo bee.. buzz, buzz, buzz.. website bizi. try lain kli..
tapi cam xcya skjapan da bis..
smlm pat msk lam kul 1205, tkt ke kuching plg rndh pon RM29.. no more free ticket maaaa.....

Popular posts from this blog

::nk diet!! ::

Weii... xde hati perut ker...?

The Best Moment of Wedding