CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

::My Lovely Day::

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

My Baby =)

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, November 4, 2010

Keberkatan membaca Surah Yassin..


Untuk dikongsi bersama.. Sharing is pOweR =)

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

 Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

Jika terpenjara akan dibebaskan.

Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
       siksanya.

Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.   
 
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan  hati al-Quran itu ialah Yassin.  Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca
surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,
menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca
Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam
kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua
rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari
kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi
kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.



0 kata² pujangga:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...