CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

::My Lovely Day::

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

My Baby =)

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, November 12, 2010

AL-FATIHAH.. Shamrin Fotograf meninggal dunia

Salam... pagi tadi ku On tv dan ku dikejutkan dengan pemergian penyanyi Shamrin Fotograf... atas sebab sakit jantung ketika menyertai frenzly match bola sepak.. ape² pun, ku hadiahkan AL-FATIHAH untuk arwah.. & semOga arwah ditempatkan bersama² dengan orang yg beriman... lagu yg ku minat zaman muda mudi dlu.. huhuh DI ALAM FANA CINTA .. heheh...

Pabila titisan embun pagi
Mimpi indah
Entah ke mana menghilang
Entah kenyataan
Engkau biarkan aku terbuang
Di alam fana cinta
Kau pula berdusta

 
PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin,45, (gambar) dari kumpulan Fotograf meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira pukul 6.40 petang, Khamis, ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan dengan sebuah syarikat insurans di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an mengadu kekejangan otot semasa bermain bola sepak sebelum terduduk di atas padang.

Rakannya, Johan Aziz yang turut menyertai perlawanan mewakili kumpulan artis berkata, Shamrin atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad, sebelum itu mengadu kepenatan kerana menghadiri pertunjukan pentas malam sebelumnya.

“Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak manakala seorang daripada mereka dari perkahwinan terdahulu.

Isterinya, Jazriatul Akma Abu Saman,29, sekarang ini sedang sarat mengandung.

Shamrin yang berasal dari Kajang, Selangor telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989. Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.

Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam SS22, USJ Subang Jaya, Selangor sebelum solat Jumaat.

source : Mstar


1 kata² pujangga:

armouris said...

alfatihah! info tentang mati bermain bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan di Padang Bola Sepak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...