CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

::My Lovely Day::

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

My Baby =)

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, November 29, 2010

|Lupakan Kelemahannya, Fokuskan Kekuatannya..|

tajuk N3 kali ni dgrnya mcm beratkan.. mcm serius jerk kan...
tp nih sekadar artikel yg ditujukan pada para ibu bapa..
kekdg kita para ibu bapa ni ade jugek terdetik di hati...
"nape la anak aku ni lambat jalan"
"nape la anak aku ni lambat bercakap"
"nape la anak org lain tuh da tumbuh gg tp anak aku belOm"
"kenape kenapa & kenapa..? huhuh"

Setiap manusia mempunyai kelemahannya tersendiri. 
Ini kerana, "lemah" adalah salah satu sifat makhluk, dan manusia juga adalah salah satu makhluk ciptaan Allah. Tiada seorang manusia pun yang sempurna, sehingga tiada satu pun cacat cela pada sifatnya.

Begitulah juga dengan anak kita.
Ada anak yang ditakdirkan lambat berjalan.
Ada juga anak yang mahu bercakap banyak, tetapi "pelat".
Ada juga anak yang sukar untuk makan, sehingga badannya kurus keding.
Ada juga anak yang dah diajar ABC atau alif-ba-ta beribu kali, tapi masih belum dapat mengingati. 

Kelemahan itu adalah perkara yang biasa bagi seorang manusia
Jangankan anak, kita juga ada kelemahan diri. Tetapi Allah swt tidak pernah memandang kelemahan-kelemahan fizikal ini untuk memilih siapakah hamba-Nya yang wajar dicintai.
Nabi Musa a.s adalah seorang yang gagap. Tetapi, Baginda adalah salah seorang kekasih Allah. Allah swt sangat menyayangi Nabi Musa a.s sehinggakan Allah swt telah menyelamatkan seorang tentera Firaun bernama Jalut daripada lemas di lautan, kerana Jalut ini adalah badut Firaun yang suka meniru gaya Nabi Musa a.s bercakap gagap. Allah swt suka pada Jalut, kerana dia meniru perbuatan kekasihnya.

Bilal bin Rabah r.a adalah seorang hamba yang berkulit hitam. Bukan setakat hitam biasa, malah hitam berkilat. Tetapi, Allah swt sayang padanya. Allah swt telah muliakannya, sehinggakan suara azannya dapat didengari bukan sahaja oleh penduduk bumi, malah, oleh penduduk langit juga. Padahal, (ada riwayat yang mengatakan), suara Bilal bukanlah sedap, ramai lagi sahabat yang bersuara lebih lunak daripada Bilal.
Kisah-kisah ini membuktikan bahawa, kelemahan-kelemahan fizikal sama sekali tidak dapat mengurangkan kasih sayang Allah swt pada seseorang. 

Betapa Rahimnya Allah swt, apabila Dia menyayangi seseorang, Dia akan menyayangi kesemua yang ada pada orang itu, walaupun sesuatu yang dianggap sebagai kelemahan. Sekiranya Allah swt yang Maha Sempurna boleh menyayangi seseorang ke tahap itu, apatah lagi kita, hamba-Nya yang sangat lemah lagi hina.
Adakalanya, bila kita melihat kepetahan dan kepandaian anak orang lain, kita berasa rendah diri dan malu dengan kelemahan anak kita. Sebenarnya, kita tidak perlu berasa begitu. Anak kita hanya mempunyai satu atau dua kelemahan sahaja, banyak lagi kekuatan yang ada dalam dirinya.
Mengapa kita harus memandang pada kelemahannya sahaja, lihatlah pada kekuatannya.
Mungkin anak kita tidak sepetah anak orang lain, tetapi dia ada kelebihan di tempat lain. 
Dia suka tersenyum, dia pandai membantu ibubapa, dia suka mengemas biliknya, dia tidak pernah mengherdik orang, dia tidak memanggil orang dengan nama-nama yang tidak disukai, dan bermacam-macam lagi.

Sebagai ibu bapa, seharusnya kita fokus dan usahakan atas kekuatan yang Allah swt telah berikan kepada anak kita. 
Lupakan kelemahannya. Jangan sesekali mentertawakan kelemahannya, menyebut-nyebut kelemahannya di hadapan orang lain, memarahinya kerana kelemahan tersebut. 
Kerana ia akan menjadikan anak kita hilang keyakinan diri, padahal dia ada banyak kelebihan yang lain.
Jadi, mari kita lupakan, lupakan dan lupakan kelemahannya.

Apabila ibu bapa fokus untuk menghargai dan membina kelebihan yang ada pada anaknya (peluk cium anak selalu, beri penghargaan buatnya, motivasikan dirinya, beri tunjuk ajar dengan sabar, selalu mendoakannya),maka anak itu akan menjadi lebih berkeyakinan dan lebih cemerlang, sehinggakan kelemahan yang ada padanya terus lenyap . 

Kerana apa?
kerana kita hanya memandang pada kekuatan dirinya SAHAJA.

Tiada kelemahan yang harus kita risaukan, melainkan seandainya anak kita tidak mempunyai iman dan amal (nauzubillahiminzaalik). Seandainya dia telah mempunyai iman dan yakin yang kuat pada Allah swt dan beramal mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, maka dia sudah pun berjaya di dunia dan di akhirat.
Iman Syahmi... inilah kekuatan kami...=) XOXO

sumber dipetik dari iLuvIslam

4 kata² pujangga:

Softtouch [Hanim] said...

comelnya iman..geram tgk..

betulla kdg2 sy pun sellau tgk kelemahan org smpai boleh lupekan kelebihan dia..manusiakan selalu terleka n terlupa..thanx yer info

nur said...

bulat nyer...
yup, agree with it 100%
kena positif thinking :)

MyKhalish said...

hmm... menda tuh bese berlaku. almaklum rajin sgt dorg nih bertny or membanding2. yg kita sentiasa perlu pgg, kalu anak blm lgk rangkak or jln, anggapla dia blum bersedia. kita encourage dia, insyaallah berjy. heheheh....

Ummi Iman said...

setuju ngn para mOmmies...

anak kita la yg terbaik kan... give them some space & time.. biarkan anak² gembira dlm mengharungi momentO perkembangan mereka =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...