CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

::My Lovely Day::

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

My Baby =)

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, November 12, 2008

::Penawar Buat Si Bujang::

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia
Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)
Bila nak kawin???
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyy y)
Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.
Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.
MORAL OF THE STORY : DONT ASK!
TQ 2 kak Mas 4 d' email.. Sounds nice 4 me.. hihi.. Bukan yang bujang ni x nak kawin.. tp jodoh pertemuan semua kan di tangan Tuhan.. Insya allah, kalau da sampai jodoh.. x kemana.. Sape Setuju..??

5 kata² pujangga:

fairuz said...

bile nk kawen?

cHmIe said...

haaa... nih lgi sorg...
igt x 'moral of the story : dont ask?
hehehehe

fairuz said...

hehe... x abes bace pon.. malas. suke sgt nk jump to conclusion..:p

cHmIe said...

ha itu la org kita...
suka menyimpul ape yg x tersimpul..
uiks.. tul ker ayat aku.. ahahah...

fairuz said...

haha. apo nk buek :p

ayat ko tu salah. xde lsg dlm kamus peribahasa melayu :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...