Perkongsian : 8 jenis rezeki yang dijamin oleh Allah SWT

Assalamualaikum.. Di hari Jumaat yang mulia ni, kita nak kongsi sedikit intipati ceramah dari Ustaz Tuan Ibrahim Bin Tuan Man berkaitan rezeki. Sebelum tu sahabat semua dah solat DHUHA ke belum? Dah baca surah AL-KAHFI? Kalau sudah, ALHAMDULILLAH... 😍

Ok kita sambung perkongsian ni. Semoga ianya dpt beri kefahaman yang luas tentang rezeki dan semakin yakin dengan MAHA PEMBERI REZEKI.. InshaaALLAH...

1.    Rezeki yang telah dijamin oleh ALLAH SWT.

A006

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).


(Surah Hud : Ayat 6)




2.    Rezeki yang kita kena usaha


A039

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya


(Surah An-Najm:39)



3.    Rezeki jika kita banyak bersyukur


A007

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"


(Surah Ibrahim : 7)



4.    Rezeki yang tidak disangka-sangka


وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadkan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

(Surah At-Thalaq: 2 – 3)


5.    Rezeki kerana kita istighfar


فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memprbanyak harta.

(Surah Nuh: 10 – 11)



6.    Rezeki kerana bernikah

A032

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.


(Surah An-Nuur : 32)


7.    Rezeki kerana anak

A031

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.


(Surah Al-Israa' :31)


8.    Rezeki kerana bersedekah

A245

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.


(Surah Al-Baqarah : 245)




InshaaALLAH.. semoga perkongsian ini akan meningkatkan lagi keyakinan kita bahawa rezeki ALLAH itu tersangatlah luas.. InshaaALLAH.. berdoalah tanpa henti.. ini tanda kita adalah hamba-Nya..



Lots of Love, EMIE😍



Comments

Popular posts from this blog

::nk diet!! ::

Weii... xde hati perut ker...?

The Best Moment of Wedding