Perkongsian : 14 Sebab Kita Jatuh Miskin...
Assalamualaikum..
Sedikit perkongsian.. Haritu En Suami ada share video dari Ustaz Fawwaz Mad Jan berkaitan tajuk di atas... aduh!! banyak yang dushhh... setepek kena kat muka den.. huhu... Inshaa ALLAH lepas dgr video tu kita cuba slowly buang tabiat² yang kureng manis tu =).. Masa dengar ceramah tu sempat la jot down serba sikit intipati ceramah tu.. ianya berkaitan 14 amalan penyebab kemiskinan.. Nauzubillah..
1. Tidak menjaga solat 5 waktu
Hendaklah menjaga solat fardu 5 waktu dengan solat awal waktu. Bila solat tu kita kena tau hukum hakam dan ikut rukunnya. InshaaALLAH.
2. Terburu-buru keluar dari masjid selepas solat Subuh (kecuali terdapat keuzuran)
Seelok²nya kita hendaklah berwirid, berzikir dan berdoa selepas solat Subuh. Waktu pagi adalah waktu turunnya rezeki. InshaaALLAH.
3. Tidak membersihkan sawang dalam rumah.
Kebersihan itu penting dalam ISLAM. Inshaa ALLAH.
4. Mengeringkan/mengelap air di wajah dengan kain baju yang dipakai.
Huhu!! Ini selalu kita mak² yang kat dapur ni nk cepatkan.. main sauk je lap kt tshirt.. ALLAHU.. kita cuba buang habit ni... sunat bawa sapu tangan.. peluh je lap kt sapu tangan... Inshaa ALLAH.. saya cuba... 😌
5. Makan dan minum dalam keadaan berhadas besar.
Opss!! ini juga jangan diamalkan ye.. seeloknya 'bersama' la bila waktu tidur.. so no need to makan².. terus zZzZz je.. EH! hahaa... xde la.. seafdalnya mandi wajib dlu.. bukan lama pun khen... 😏
6. Isteri yang suka memarahi dan mencaci suami.
ALLAHU... membebel tuh selalu.. Inshaa ALLAH cuba buang.. semoga ALLAH SWT tingkatkan kesabaran saya.. Aamiin..
7. Berdiri telanjang tanpa menutup aurat.
Jangan amalkan.. Malaikat pun lari.. Malaikat x suka. Nauzubillah..
8. Tidur dalam keadaan telanjang.
Ada ke yang tidur mcm ni..? Jangan amalkan yer.. Malaikat x suka..
9. Jauhkan dari kemaksiatan.
Segeralah bertaubat. Semoga ALLAH SWT hindari kita semua dari kemaksiatan dunia..
10. Suka membersihkan atau sapu sampah di waktu malam.
Ini pn habit den juga.. waktu malam la rajin nau nak sapu sampah. So lepas dengar ceramah ustaz ni.. kita cuba elak.. ade je nasi ke sampah kecil² kutip buang dlm tong sampah. waktu seeloknya sapu sampah adalah waktu pagi.
11. Tidur berlebihan.
Sunat qailullah.. Inshaa ALLAH kita cuba elak tidur berlebihan.. risau juga time² PKP ni.. huhu..😁
12. Duduk di pintu rumah.
Amaran! jangan suka menebeng di pintu rumah.. zaman la ni suka nau org² dok nebeng tepi pintu.. x elok.. alang² nk bersembang duduk la dibangku luar rumah.. tp jangan membawang yer! nanti dapat free dosa... Nauzubillah..
13. Jangan guna sikat yang patah..
Ini yang habit ni.. asal dan je.. huhu.. sayang nak buang... Alhamdulillah ECO kan ada... patah 1 beli baru 3 hahaha.. jangan sayang².. dah patah tu buangkan ajer...
14. Membiarkan pinggan mangkuk pada waktu malam.
Jadikan habit.. sebelum tidurkan clearkan sinki... Inshaa ALLAH..
Sekian sahaja sedikit perkongsian. Inshaa ALLAH slowly kita cuba ubah dan buang bad habit.. Inshaa ALLAH..
Whatever it is, Niat is the 1st reason for us to practise good deeds. InshaaALLAH..
Till then..
Lots of Love, EMIE..😍
Comments