CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

::My Lovely Day::

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

My Baby =)

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, November 30, 2010

Happy 8th Month Sayang =)

tOday genap baby Iman 8 bulan..
wah... Iman membesar dengan cepatnya..
rsnya mcm baru jerp lepas berpantang.. huhu..
miss preggy time damn much... wakakak ;)
masa ni kandungan 6 bulan =) @ kampung..

ALHAMDULILLAH... baby Iman sihat adenya..
semakin bam bam.. semakin comel..
semakin aktif.. semakin kuat bebel...
semakin kuat menjerit.. 
semakin semangat.. 10kg suda ;)
paling penting.. semakin emosional..
pantang ayah & ummi bersiap... (bajet nk g jalan la kan)
klu x dukung dia.. maka akan terdengarlah tangisan yg syahdu dari Iman.. huuhuh..
da kenal Orang... sO, klu ngn strangers memula Iman agak lambat la nk suaikan diri.. 
nih depends kt mOOd dia.. unpredictable ;)
Iman juga semakin kuat makan.. semakin laju merangkak..
mengesot mcm suster ngesot :P (seram seh)
semakin manja 
segalanya semakin ;)

bOs besar ;)
Chinta hati kami =)
XOXO

Hari Kedua - Cabaran 30 hari bersama Chmie =)

oK.. kita teruskan cabaran 30 hari itu dengan menjawab soklan
Day 02- The meaning behind your Blog name.
makna di belakang nama blOg kamuu.. ;)

Ok.. 

✿Ceritera Ayah♥Ummi = Iman✿

tiada ape² makna yg tersirat di sebalik nama blog ini.. 
cumanya disinila tempatnya untuk kami mencOretkan segala cerita perihal kami untuk tatapan umum..
wakakak.. ade ke orang nk baca blOg Chmie ni..??

x kisahla kOrang suka @ tidak baca blog ini.. 
yg pastinye segala coretan ini datangnya dari hati Chmie..
sekiranya ade yg terasa @ ade jua perkataan yang mengguris hati tuan puan...
harap dimaafi.. =)

Ayah♥Ummi = Iman membawa maksud

*

*

faham² sendiri suda :P


Monday, November 29, 2010

Hari Pertama - Cabaran 30 hari bersama Chmie =)

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about  yourself.
@ MAHA 2010
NEXT
15 fakta menarik pasal CHmie :P


1.    Nama aku Nor Emiliza Binti Zainuddin.. fakta yang menarikkan.. hahah x bley blah…

2.     Saya anak ke-2 daripada 4 adik beradik dan saya paling comel antara semua. Maksud comel di sini ialah paling comel la.. hehe. Sekian! Menarik bukan ;)

3.    I ♥ kids… suka sgt kanak²… kanak² jua suka kt aku.. apakah…?

4.    I ♥ Laughing, I'll be brain dead if I don't!

5.    I love food of any kinds - western,masakan kampung, anything. Just bring it on! I'm not fussy when it comes to food. I can eat (almost) anything

6.    Aku x suka tidurku diganggu.. watch out!! Fakta yang menarikkan :P

7.    Aku memang menarik-tertarik-ku-memang-devOuge :P.. sila jgn muntah ijo.. ;)

8.    Aku suka sport.. suka sgt… ku suka tgk canel sukan ngn en. Hubby.. suka bertuka pendapat ngn en. Hubby.. silap haribln, ku jdi pengulas sukan.. hahah… tp sejak 5 menjak ni.. mcm da a bit slow la xtvt sukanku…

9.    Aku ni sorg yg lembut hati.. bukan aku kate la org yg kater… klu ape jua yg org wat kt aku.. aku mcm hurmm.. biala kan.. nk wat camne.. bkn jenis aku nk bls² neh… en. Hubby ade gak ckp ngn aku agar strict sket kan.. jgn bg org pijak kapla aku.. tp apakan daya.. aku mmg da mcm neh.. bOleh ubah ke eh..??

10.  Bila da suka tergelak tuh.. means aku ni mmg happy gO lucky la kan.. klu lam family aku kira da jdi mcm entertainer la.. huhuh… riuh la umah aku klu aku ade…

11.   Friendly & Talkative… bkn bermaksud ku suka bebel eh..  aku suka bcakap.. cakap jerp… even tgh wat check up kt hosp pn aku msih boleh sembang² ngn strangers.. :P peramah teramat.. huhuhuh…

12.   Aku suke berkawan.. aku x kisah pn berkawan ngn sesiapa.. even dlu jdik enemy aku pn still jdik kawan aku smpai la ni… x elok la kan musuh² ni… penah gak terbaca sesiapa yg memutuskan tali silaturrahim tuh.. berdosa besar… tul ker..??

13.   Suka senyum.. walaupun kekdg senyumanku x berbalas.. hahaha… senyum tuh kan sedekah ;)

14.   Love tO cook… sejak jadi isteri ni lagila rajin nk masak kan… tp stakat ni x penah lagik wat n3 psl masakan aku.. hahaha… nanti² la eh..

15.   Last but nOt least… I’m sO touching klu dgr citer² sedih neh.. nak² klu ianya melibatkan kanak² & org tua.. klu tgk bersamamu tuh sure tangkap leleh tuh.. waakaka…. Dalam hati ade taman :P

Alhamdulillah… I’m dOne ;)
 

|Lupakan Kelemahannya, Fokuskan Kekuatannya..|

tajuk N3 kali ni dgrnya mcm beratkan.. mcm serius jerk kan...
tp nih sekadar artikel yg ditujukan pada para ibu bapa..
kekdg kita para ibu bapa ni ade jugek terdetik di hati...
"nape la anak aku ni lambat jalan"
"nape la anak aku ni lambat bercakap"
"nape la anak org lain tuh da tumbuh gg tp anak aku belOm"
"kenape kenapa & kenapa..? huhuh"

Setiap manusia mempunyai kelemahannya tersendiri. 
Ini kerana, "lemah" adalah salah satu sifat makhluk, dan manusia juga adalah salah satu makhluk ciptaan Allah. Tiada seorang manusia pun yang sempurna, sehingga tiada satu pun cacat cela pada sifatnya.

Begitulah juga dengan anak kita.
Ada anak yang ditakdirkan lambat berjalan.
Ada juga anak yang mahu bercakap banyak, tetapi "pelat".
Ada juga anak yang sukar untuk makan, sehingga badannya kurus keding.
Ada juga anak yang dah diajar ABC atau alif-ba-ta beribu kali, tapi masih belum dapat mengingati. 

Kelemahan itu adalah perkara yang biasa bagi seorang manusia
Jangankan anak, kita juga ada kelemahan diri. Tetapi Allah swt tidak pernah memandang kelemahan-kelemahan fizikal ini untuk memilih siapakah hamba-Nya yang wajar dicintai.
Nabi Musa a.s adalah seorang yang gagap. Tetapi, Baginda adalah salah seorang kekasih Allah. Allah swt sangat menyayangi Nabi Musa a.s sehinggakan Allah swt telah menyelamatkan seorang tentera Firaun bernama Jalut daripada lemas di lautan, kerana Jalut ini adalah badut Firaun yang suka meniru gaya Nabi Musa a.s bercakap gagap. Allah swt suka pada Jalut, kerana dia meniru perbuatan kekasihnya.

Bilal bin Rabah r.a adalah seorang hamba yang berkulit hitam. Bukan setakat hitam biasa, malah hitam berkilat. Tetapi, Allah swt sayang padanya. Allah swt telah muliakannya, sehinggakan suara azannya dapat didengari bukan sahaja oleh penduduk bumi, malah, oleh penduduk langit juga. Padahal, (ada riwayat yang mengatakan), suara Bilal bukanlah sedap, ramai lagi sahabat yang bersuara lebih lunak daripada Bilal.
Kisah-kisah ini membuktikan bahawa, kelemahan-kelemahan fizikal sama sekali tidak dapat mengurangkan kasih sayang Allah swt pada seseorang. 

Betapa Rahimnya Allah swt, apabila Dia menyayangi seseorang, Dia akan menyayangi kesemua yang ada pada orang itu, walaupun sesuatu yang dianggap sebagai kelemahan. Sekiranya Allah swt yang Maha Sempurna boleh menyayangi seseorang ke tahap itu, apatah lagi kita, hamba-Nya yang sangat lemah lagi hina.
Adakalanya, bila kita melihat kepetahan dan kepandaian anak orang lain, kita berasa rendah diri dan malu dengan kelemahan anak kita. Sebenarnya, kita tidak perlu berasa begitu. Anak kita hanya mempunyai satu atau dua kelemahan sahaja, banyak lagi kekuatan yang ada dalam dirinya.
Mengapa kita harus memandang pada kelemahannya sahaja, lihatlah pada kekuatannya.
Mungkin anak kita tidak sepetah anak orang lain, tetapi dia ada kelebihan di tempat lain. 
Dia suka tersenyum, dia pandai membantu ibubapa, dia suka mengemas biliknya, dia tidak pernah mengherdik orang, dia tidak memanggil orang dengan nama-nama yang tidak disukai, dan bermacam-macam lagi.

Sebagai ibu bapa, seharusnya kita fokus dan usahakan atas kekuatan yang Allah swt telah berikan kepada anak kita. 
Lupakan kelemahannya. Jangan sesekali mentertawakan kelemahannya, menyebut-nyebut kelemahannya di hadapan orang lain, memarahinya kerana kelemahan tersebut. 
Kerana ia akan menjadikan anak kita hilang keyakinan diri, padahal dia ada banyak kelebihan yang lain.
Jadi, mari kita lupakan, lupakan dan lupakan kelemahannya.

Apabila ibu bapa fokus untuk menghargai dan membina kelebihan yang ada pada anaknya (peluk cium anak selalu, beri penghargaan buatnya, motivasikan dirinya, beri tunjuk ajar dengan sabar, selalu mendoakannya),maka anak itu akan menjadi lebih berkeyakinan dan lebih cemerlang, sehinggakan kelemahan yang ada padanya terus lenyap . 

Kerana apa?
kerana kita hanya memandang pada kekuatan dirinya SAHAJA.

Tiada kelemahan yang harus kita risaukan, melainkan seandainya anak kita tidak mempunyai iman dan amal (nauzubillahiminzaalik). Seandainya dia telah mempunyai iman dan yakin yang kuat pada Allah swt dan beramal mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, maka dia sudah pun berjaya di dunia dan di akhirat.
Iman Syahmi... inilah kekuatan kami...=) XOXO

sumber dipetik dari iLuvIslam

Friday, November 26, 2010

Take a break wit KitKat


bila hati gundah gulana..
rasa mcm x sedap hati je kan...
harusla baca Al-Quran la kan..
tp coklat juga bole wat hati aku tenang..
di samping perut kenyang.. haishh tetiba jerp..:P
tp Chmie dengan coklat x dpt dipisahkan..
coklat ibarat peneman di kala ketensiOnan :P
Chmie pn x taw nape...
hurmmm...
camnO bdn x rasa mcm dipam².. hakhak..
ape² pun.. ekceli coklat nih ade kebaikannya...
ini CHmie cedOk dari sumber² yang boleh dipercayai such as dis blOg

Kebaikan COKLAT

1. Coklat itu menggembirakan
Satu bahan yang terkandung dalam coklat adalah Phenylethylamine, di mana ia merangsang rasa gembira pada otak. Ada yang mengklasifikasikan coklat sebagai aphrodisiac, Bagi meransang kegembiraan ketika bersama bagi org yg da berkahwin.. silala mkn COKLAT ya.. :P

2. Coklat itu mengurangkan rasa sakit
ini betul² punya kejadian.. hahah.. Chmie klu time PMS kan.. zaman anak dara dulu arr.. klu slalu kena senggugut.. Chmie mkn cOklat... nyummy ;)

3. Coklat sumber anti oksidan
Coklat ade anti oksidan yg boleh membuatkan wajah awet muda.. tp sila jgn mkn berlebihan yer.. dikhuatiri kencing manis lakz nnti :P

4. Coklat ada anti-depressant
Coklat penenang jiwa... huhuhu..

5. Coklat ada banyak nutrisi
Seperti iron, calcium, potassium dan vitamin A,C,D,E dan B1.

6. Coklat boleh divariasikan
Boleh dimakan begitu saja atau boleh dibuat minuman yang heaven! ni boleh menggantikan pengambilan kafein ye kekwn... Coklat juga boleh dibuat kek.. walla... sedapnye Chocolate Indulgence ;)

8. Coklat menurunkan tekanan darah
Yang ini khusus kepada dark-choc.

9. Coklat mengandungi lemak
TETAPI, yang tak terlalu membahayakan kesihatan. satu pertiganya adalah oleic acid (jugak terdapat dalam minyak zaitun), satu pertiga adalah stearic acid (bertindak secara neutral terhadap kolesterol) dan satu pertiga lagi adalah palmitic acid. Hanya satu pertiga ni saja yang boleh dikatakan bad for health. yang penting (merangkumi points kat atas jugak) - makan secara sihat okeh :)

& yang paling penting... drums rolll.. :P
 
10. Coklat lambang kasih sayang
Untuk orang berkasih sayang, bunga & coklat itu sinonim. Coklat tu  lemak berkrim itu lambang kemanisan dan kesedapan berumahtangga (aiwahhh :P)

tOp of all... plg CHmie suker... kalau dapat cOklat F.R.E.E ... sapa mau bagi ;)



Cabaran 30 hari bersama CHMIE =)

 mari ke mari...
meh jOin cabaran 30 hari bersama Chmie ;)
ekceli cabaran nih ku dpt dari blOg MooN
baru jerp frenz² ngn elninO ni.. 
tp akak cuba gak la wat yer dik.. sOund lOOks interesting..
sO, bila aku nk setat yer...
hurmm... nk setat hari ni leh x..?
ikut suka aku la kan... apa daaa..
sO, LAYAN....
Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about  yourself.
Day 02- The meaning behind your Blog name.
Day 03- A picture of you and your friends.
Day 04- A habit that you wish you didn’t have.
Day 05- A picture of somewhere you’ve been to.
Day 06- Favorite super hero and why?
Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you.
Day 08- Short term goals for this month and why.
Day 09- Something you’re proud of in the past few days.
Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.
Day 11- Another picture of you and your friends.
Day 12- How you found out about Blog and why you made one.
Day 13- A letter to someone who has hurt you recently.
Day 14- A picture of you and your family.
Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play.
Day 16- Another picture of yourself.
Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why?
Day 18- Plans/dreams/goals you have.
Day 19- Nicknames you have; why do you have them?
Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future.
Day 21- A picture of something that makes you happy.
Day 22- What makes you different from everyone else?
Day 23- Something you crave for a lot.
Day 24- A letter to your parents.
Day 25- What I would find in your bag?
Day 26- What you think about your friends?
Day 27- Why are you doing this 30 day challenge?
Day 28- A picture of U last year and now, how have you changed since then?
Day 29- In this past month, what have you learned.
Day 30- Who are you?


Andai ku tahu.... Dugaan =(

Salam Jumaat.. 
Chmie & baby Iman hampir ditimpa kecelakaan....

ceritanya berbunyi begini... :P
oleh kerana event MAHA da start.. & en. hubby kena kije sampai mlm..
sO, kami sepakat membawa berkat.. membuat keputusan...
tuk berkampung kat umah adik Chmie kt Presint 9
kat c2 ade bonda ngan sista kecik CHmie skali..
sO, ade gakz org leh tgk²an kami.. haha...
pagi td kami agak da terlambat...
en. hubby plakz nk kena gi kije awal...
makanya, Chmie kena la anta en. hubby dulu.. then hantar Baby Iman sendiri...
kat MARDI, baby Iman ok lagik..
tp bila da sampai ke persimpangan ALAMANDA..
baby Iman da mula merengek minta di dokong..
sebab dia nk men ngn stereng...
plus.. ngamuk sebab ngantuk gakz...
da mcm² cara Chmie wat tuk diamkan Iman..
nak kate lapar, Chmie da Bfeed Iman masa anta en hubby..
sekejap jerp diamnya.. pas2 meragam balik...
abisla suma harta ismet ulam raja kt dlm keta tuh Chmie bg kt Iman..
bg handfon.. dihisapnya..
bg purse.. dimakannya...
disebabkan terleka melayan & memujuk baby Iman...
Chmie x pasan yg keta kami hampir melanggar divider jalan sblh kiri..
dari lane tengah terus ke kiri... arah ke Desa Pinggiran Putra..
Chmie anta baby Iman ke umah pengasuh di Jenderam
tQ Allah... ketika itu tiada kereta lain...
jika tidak..... faham² sendiri la yer.. Chmie x nk sebut...
mengucap panjang CHmie.. berderau darah Chmie...
siap nak nangeh lagi..  di atas kecuaian Chmie ni...
pas kejadian, truz baby Iman diam.. 
& akhirnya terlena..
Alhamdulillah ALLAH masih panjangkan umur kami...
Chmie pn terlewat smpai opiz ari ni....
itula dugaan wat Chmie di pagi Jumaat ni..

p/s : guna kate name Chmie supaya lebih mesra... =) nickname ini digunakan ketika zaman berchenta dolu².. CHMIE & CHTEH.. ade yg x suke ke..? hurmm... ADA AKU KESAH.. huhu... opzz.. terkasar sudah.. maafkan hamba... smpai la ni terasa degupan jantungku yg laju... :(

Ok.. Chmie nk wat kije... 
daaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...