CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

::My Lovely Day::

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

My Baby =)

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, March 27, 2009

:: Layan ::

Assalamualaikum... Bilakah tagging game ini akan berakhir... haiya...tag dari adikku..huhu.

Senaraikan:

::3 lagu yang wajib ada dalam playlist::
1) Asma ul Husna *lagu untuk kami tidurkan Danish =)
2) Terima Kasih Cinta *jiwangz karat.. huhu
3) Sampai Syurga * i luv dis song =)

- ekceli banyak lagi lagu wajib.. tp aku yang menurut arahan..heheh

::3 barang yang wajib dibawa bersama::
1) handpone
2) purse
3) lip gloss

::3 tempat yang dekat dihati::
1) rumahku syurgaku..
2) Mekah al-Mukarramah * insya allah ade rezeki aku tingin jejakkan kaki ke sana
3) Sekolahku Kolejku.. * rindu sume kenangan di sana ;)

::3 laman web yg selalu dilawati selain Facebook, Friendster, Myspace ::
check it out..yeehaa..
1) Lurvely Site =) * my lovely blog..
2) www.ppj.gov.my * my ofisio website..
3) www.google.com.my * tmpt aku mencari info..
p/s : adakah jawapan ku menepati citarasa soalan hehe ;)

::3 blog yang nak ditag::
3) misz Wanie sahabat gelapku.. huhu.. * wanie suka tag kan.. hehe


- The End-

Friday, March 20, 2009

:: Piccas lagii...::

Salam.. Kali ni entry aku hanya entry bergambo... heheh.. maklumla da jumpa piccas yang bole diupload.. so here u are.. piccas aku bersama kekwn Chteh di wedding Membe Poli Chteh di Meru Klang.. Citer ni aku da post dalam 2 bln lps kot.. sekiranya terlupa yang mana satu.. aku link kan kembali entry tersebut.. LAYAN....

* kami baru sampai coz sesat skit.. trus g ambil santapan.. ;)

* X bape nk licin coz b4 dis da serbu 2 kenduri kawen.. huhu

* Chteh tersengih kekenyangan :p

* setel ok segala hidangan.. tgh bersantai heheh

From L to R : Azman Jawa (Pengantin) , Faruq, Awek Faruq, Chteh, Aku, Awie, Shah

p/s: En Shah, pandang mana tuh..?

* Chteh selaku Photographer.. Tgh wat lawak.. lawak ape..? Kami² je tau.. huhu


:: SEKIAN TERIMA KASIH ::

::Email yang buat aku sebak di pagi hari::

Tangan Yang Indah

(Kepada sesiapa yang masih ada ibu... )

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.

Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".

I LOve Emak n Ayah Very Much.. Ayah..Emak... U're my life.. U're lighten up my life...

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu Bapa.Dan lakukanlah yang terbaik untuknya....

::Piccas::

Salam... kali nie aku xnk cite ape² cuma aku nk upload piccas yang aku snap berkaitan entry aku yang lepas... lama gak la entry aku neh.. baru jumpa kabel untuk men'transfer' piccas.. hehehe... entry berkaitan aku hang out ngn Chteh dan si cilik Jela.. so layan...



* jari sape la yang ganggu piccas aku neh.. hehe.. opss jari CHteh ler...

*see... Jela berjalan dengan bangganya hanya dengan berkaki ayam.. adik..adik..

* nk nyuruk muke kunun.. :p

* adess... beratnye dik non... muka i pn x leh control.. :P



* alahai..Chteh..nape muka munyuk jerkk.... ;)


* antara senyum @ tidak.. hehe kt kedai makan.. lapo.. :P



::THE END::

Tuesday, March 17, 2009

:: Tag from Meen::

Salam... da jadi macam musim lak eh.. tagging game ni.. asek kena fire jek.. huhu... kali ni tag berunsurkan wishing list la..ala² birthday wish... =)

The rules :
1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) Post the image of this award to your posting
4) Give it to 10 frens of yourshere are my 10 wishlists

This is my wishlist:

1. Doaku agar dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umurku agar aku dapat membalas jasa dan membahagiakan mak, ayah dan family aku dan dapat memperbanyakkan amal sebagai bekalan di akhirat kelak.... dilimpahi rezeki yang diberkati olehNya..Insya Allah..

2. Nak celebrate besday ngn my family n Chteh.. disebabkan my besday 4Jun tuh jatuh pada hari Khamis…means, celebrate ngn Chteh dlu la kan.. candle light dinner..? oh no.. aku x suka keadaan yang samar².. slaloo nye kami celebrate di shopping mall… ;) maknanye di c2, sambil jejln carik hadiah..hehe..

3. Hadiah dari Chteh yang aku tunggu adalah….. lamaran darinya.. hehe ;)

4. Pamper myself with spa and facials and pedicure and manicure..

5. I wish I’ll get married wit my loves one dis year.. bole ker camtu..? hehe ;)

6. Insya allah.. der rezeki lebih nk tunaikan Umrah ngn family aku..

7. Nak pegi Ireland.. jumpa my lil sis.. bole x..? sesapa yang bermurah hati nk sponsor my flight ticket.. hehehe.. juz wish..

8. Chteh.. chmie nk perfume Dior Addict 2.. =)

9. Chteh.. nak Hp baru gak..heheh… hp yang skangni da kurg power.. nk upgrade skit jerk.. huhuh. p/s: Bankrap Chteh aku..

10.Last but not least...tiada material yang aku harapkan Cuma ingin kebahagiaan di dunia dan akhirat, kesihatan yang baik untuk ibubapaku..keluarga ku dan juga untuk semua yang aku sayangi.. dan kuharapkan hubungan antara aku ngn Chteh berkekalan hingga ke akhir hayat...dan aku ingin jadi anak+ isteri & ibu yg baik...Insya Allah..AMIN.

Erm...aku nak bg tag nih pd :-

:Adik:
:Ameer:
:Marini:
:Maziah:
:Kak Nini:
:Kak Jah:
:Piza:
:Mumtaz:
:Ziemah:
:Echah:

sesapa yang nk jawab tag nih pun bole.. wishing list kan... manala tau ape yg anda wish akan menjadi kenyataan ;)
so, let them know what u want.. ;)

p/s: rules no 3 tuh aku pn x tau kemana ilangnye award tuh.. hehehe...

:: Tag... ::

Adikku telah men-tag ku tuk kesekian kalinyer..hOho..
1) Do you think you're hot?
:: walla.. I’m hot n spicy.. hahah.. xde la.. im da coolest gurlz.. x caya.. uolls leh tanya my family *wink*wink* ::


3) Why do you like that picture?
:: becoz ~>I love my family very much.. bukan senang family aku nk g vacation sesame since kami adik bradik g further study.. klu pegi pn x snap pic.. maklumla dlu bknnye der kamera.. then cuti pn x sama.. last g vacation 1 family sebelum gi terengganu ni..kami g butterworth naik train ms zmn skool dlu... ayah dpt tiket free.. hihi.. along n adik²ku.. masih igtkah dikau kita berjalan dari hotel ke KOMTAR.. 1st time smpai mcm takut² jek.. 2nd day da brani jejln sendiri tanpa pengawasan huhu.. banyak kenangan ooo.. miss all d memory..::

4) When was the last time you ate pizza?
:: bkn ler nk kate aku nih kekampungan kan.. tp mmg org kg pn.. aku neh x bape gemar mkn pizza.. so, aku x igt bila last mkn pizza.. maybe last masa akak aku banje pizza last 2 years kot.. heheh:

5) The last song you listened to?
:: Sempurna by Andrea & The Back Bone – I loike dis song.. ::

6) What are you doing right now besides this?
:: tgh minit fail opsyen.. hehe.. sambil wat kije, curik masa untuk memblog..hehe::

7) What name would you prefer besides yours?
:: besides my name… hurmm, nama ayah aku la.. Nor Emiliza Zainuddin.. ha kan besh tuh.. =) ::

8) People To Tag
:: Nard ::

:: Wanie ::

:: Azie ::

:: Yanie ::

:: Cik-Ienn ::

9) Who is number one?
::My buddy.. hehe coolest frenz.. sedang berpantang hehe.. baru melahirkan 2nd baby.. baby gurlz..so, da sepasang yer nard.. congrats =) ::

10) Number three is having a relationship with?
:: She’s my cousin.. couple wit En. Hasan.. hehe Hassan kembarnya EN. Husin =) .. Jie, jgn mrh na… ::

11) Say something about number five?
:: Kenal thru blog.. suka bangat baca citer dlm blog dia.. besh.. cik ienn besh..::

12) How about number four?
:: Member blogger gakz… senang berkawan ngn yanie.. besh.. funny.. I loike.. =) x penah bjumpa lagi di alam reality.. hehe nama jek sama kije kt Putrajaya kan… p/s: yanie.. der buah tangan tuk emi dr Kundasang x..? ;)

13) Who is number two?
:: Member blogger yg paling jauh.. hurmm.. ganu kite.. wanie ni suka tag aku.. so, nih kak emi tag wanie laks.. heheh =)


Wednesday, March 11, 2009

::Terimalah kekurangan Suami seadanya::

Assalamualaikum... Pembuka bicara blog aku adalah artikel yang aku dpt thru email dari ex-opismate ku Farah.. heheh.. walaupun aku belum berkahwin.. dan insya allah mempunyai impian untuk berkahwin.. artikel ini bagus untuk dikongsikan bersama.. juz untuk panduan dan ingatan buat semua.. nobody's perfect aite!! so, same² la kita jadikan ianya panduan untuk masa depan..Terimala Suami/Isteri anda seadanya..

Seorang isteri mengadu begini kepada saya,
" Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak² dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana . Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya,Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat?

Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat.

Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah², anggaplah dia satu²nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama.

Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.

Lalu saya perjelaskan,
Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila? Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'.

Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata² kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.

INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanismenya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan.

Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata..

"NO MAN IS PERFECT".

p/s: Para lelaki, jangan ambil kesempatan di atas artikel ini ya.. hehehe

Thursday, March 5, 2009

::Antara sebab hati tidak tenteram::

Salam.. Sekadar berkongsi...Hati yang tidak tenteram berpunca dengan adanya segumpal sifat-sifat mazmummah. Antara sifat-sifat mazmummah yang menghilangkan ketenangan di hati ialah :-

1) Cinta Dunia

Cinta kepada hal-hal duniawi merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah hal-hal ukhrawi (akhirat) itu sebagai pegangan teguh selamanya dan hal-hal duniawi sebagai pentas sementara. Bila mati cuma ada amalan, doa anak yang soleh atau solehah dan harta yang disedekahkan mengiringi kita di sana .

2) Tamak

Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Mereka yang tidak pernah puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Orang yang tamak selalu rugi

3) Kedekut

Sentiasa melihat orang lain mahu menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Sentiasa mengelak dari menderma dan berdalih dengan mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk

4) Riak

Allah tidak menyukai akan sifat riak, takabbur dengan apa yang kita ada. Mereka tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika dia dipuji, dia akan gembira dan bermegah serta menjadi rajin bekerja tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan kerjanya.

5) Pemarah

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati senantiasa tidak tenang.

6) Ego

Senantiasa merasakan dirinya sahaja yang betul. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Mereka tidak akan mengalah sekali-kali, jadi mereka senantiasa akan berada dalam keadaan tidak tenang dan tenteram hatinya

7) Pendendam

Perasaan yang membuku dan mengelapkan hati terhadap seseorang oleh kerana dia pernah melukakan atau malakukan kesalahan kepadanya ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meletuskan laharnya iaini membalas dendam kepada orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

8) Hasad Dengki

Mereka senantiasa berasa iri hati dan berhasad dengki kerana tidak mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain.

9) Tidak Sabar

Tidak boleh menunggu dan sentiasa mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa berfikir panjang sehingga kadang kalanya menyusahkan orang lain.

Pengajaran di sini bermujahadahlah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam bissawab.



::LIFEBOOK 2009::

Assalamualaikum.. sekadar berkongsi cebisan email yang aku dpt dr Along.. sudi² kan la diri anda membacanya... nice to read.. nice to keep in our mind.. Insya Allah.. =)

Health:

1. Drink plenty of water
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar
3. Eat more foods that grow on trees and plants, and eat less food that is manufactured in plants
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy
5. Make time for prayer
6. Play more games
7. Read more books than you did in 2008
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day
9. Sleep for 7 hours
10. Take a 10-30 minutes walk every day ---- and while you walk, smile


Personality:

11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do ; keep your limits
14. Don't take yourself so seriously ; no one else does

15. Don't waste your precious energy on gossip
16. Dream more while you are awake
17. Envy is a waste of time. You already have all you need..
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present

21. No one is in charge of your happiness except you
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:

25. Call your family often
26. Each day give something good to others

27. Forgive everyone for everything
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
29. Try to make at least three people smile each day
30. What other people think of you is none of your business
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:

32. Do the right things
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful

34. ALLAH heals everything
35. However good or bad a situation is, it will change
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up
37. The best is yet to come
38. When you awake alive in the morning, thank ALLAH for it
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Last but not the least :
40. Do forward this to everyone you care about. * aku x forward.. tp aku post kt sini supaya suma bole baca.. most important of all.. I care about all of u..


Wednesday, March 4, 2009

:: Perkahwinan Impian - Tag By Wanie::

Tag kali ni lain dari yang lain.. tag dari wanie..sounds nice kan.. maklumla bagi insan yang belum berumahtangga ni.. sure der perkahwinan impian.. so, korang pn dptla hint skit psl wedding aku nnti.. hahaha... ntah bile la majlis aku yer.. insya allah... akan tiba jua masanya rite..


here u are.. perkahwinan impianku.. heheh

..::1. How old are you?::..
~26 tahun 9 bulan...still young maa...~

..::2.Are you single?::..
~ yups.. I’m single but not available..i’m belong to sumone...~

..::3.At what age do you think you’ll get married?::..
~Insya Allah.. I think d best age I’ll get married is when I’m 27.. opss… dis year maa… so how..?..~

..::4.Do you think you’ll marrying the person you are with now?::..
~ Insya Allah.. jika telah tersurat jodohku bersamanya..*wink*wink ~

..::5.If not, who do you want to marry?::..
~ refer d answer above ~

..::6.Who will be your bridesmaid & bestman?::..
~ please put ur hands up.. who wanna be my bridesmaid.. sesapa yg sudi la.. but make sure jgn over d shadow laks.. heheh.. ~

.::7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?::..
~Impian aku nk wat wedding dlm taman.. tp aku mmg wat kt taman sebab rumah aku dalam kawasan taman perumahan..*ape benda la ayat aku nih... ~

..::8.Where do you plan to go on honeymoon?::..
~ I wish I can go to the island.. very privacy..*wink*wink..

..::9.How many guests do you think you’ll invite?::..
~ Aku teringin ajak sume memembe skool+kolej+opis.. biar suma dpt dtg ke majlis aku.. rindu kt u’olll… ~

..::10.Will that include your exes?::..
~ of coz… I’m close wit my ex..we’re still frenz.. ~

..::11.How many layers of cake do you want?::..
~ se'layer' da ler... byk layer klu x leh mkn nk wat per.. heheh *membazir amalan syaitan..~

..::12.When do you want to get married, morning or evening?::..
~ hurm.. nikah pagi.. tgh hari sanding.. simple.. senang.... ~

..::13.Name the song/tune you’d like to plat at your wedding?::..
~ ape² pn bole… ... ~

..::14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?::..
~ makan pakai tangan la.. baru la namanye org melayu.. heheh tradisional la pulok.. sbnrnya jimat tenaga nk p basuh sudu+garfu.. hehehe

..::15.Champagne or red wine?::..
~ … HARAM tu.. ~

..::16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?::..
~ honeymoon setelah setel suma urusan majlis.. wat pe nk terburu²kan... bila suma da setel.. baru la enjoy d honeymoon..~

..::17.Money or household items?::..
~ Dua² pn bole.. x kisah.. orang memberi saya terima dgn tgn terbuka.. ~

..::18.How many kids would you like to have?::..
~ Anak rezeki dari Allah.. so, xtau nk kate.. saya terima rezeki itu dengan penuh kesyukuran.. x kisah brape pn.. *walla..ayat skema hehe~

..::19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?::..
~ hahaha... biarla rahsia.. hehe ~

..::20. Whose wedding plan would you like to know next?::..
~ I love to know piza..my lil sis..ameer..yanie..cik-ienn.. kak natt.. echah ‘s wedding.~

Tuesday, March 3, 2009

::Tagging World.. *From My Lil Sis::

Assalamualaikum pembuka bicara.. =)


Tajuk utama : Tag untuk aku.. heheh.. *adoyaii.. adikku.. rajin beno bg tag neh.. lenkali bg la benda len.. adiah ke.. besh sket nk trime.. =)


1. Go to your photo folder in your computer


2. Go to 6th folder of your photos


3. Go to the 6th picture in that folder


4. Put that picture on your blog and description it


5. Invite six friends to join the challenge


6. Link them in your blog and let them know they have been challenged






Pic yang terpilih adalah.. jeng...jeng...jeng...




^


^


^


^


^


^


^


^


^


^

Folder ke 6 dlm pc aku adelah berkaitan kegiatan sukanku.. so, pic yang ke 6 @ pic yang terpilih ade la pic team netball Pjc..tp x complete team ni.. yg len x sampe lgi.. Pic ni di ambil tahun 2007 ketika kami akan bertarung Karnival Sukan PBT 2007.. cam biase ler time ni sebelum bertolak ke KL la... sebelum bertolak kena la pose dlu kan.. heheh.. pose tu penting.. walaupun kami kalah.. kami pulang dengan senyuman.. heheh... layan..



So, 6 insan yang terpilih ade la..



-Nard-


-Yanie-


-Echah-


-Piza-


-Kak Nini-


-Kak Jah-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...