CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

::My Lovely Day::

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

My Baby =)

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, January 23, 2009

::Sweet Story =) ...::

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu,tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.

Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak: "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya,bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin,tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. Suatu hari,mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat dimana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan,mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut...Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan...Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.... Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuhhati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Cerita di atas tiada kena mengena dengan hidup saya ye.. hehe.. hanya berkongsi cerita yang saya dpt thru email.. =)

H.A.P.P.Y H.O.L.I.D.A.Y

berhati² di jalan raya pada kekwn yang ingin pulang ke kampung... Aku pn balik kg jugak... beshnyeeeeeeeeeeee.... can't wait to see Baby Danish.. =)

Thursday, January 22, 2009

::Ceritera yang indah::

Seorang wanita tua mempunyai dua bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh. Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.


Keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja. Semestinya, pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Di sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya.


Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.


“Aku rasa sangat malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu”


Wanita tua itu tersenyum,

“Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu, tetapi tidak di laluan pasu yang lagi satu?”

“Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu.
“Selama dua tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja”
“Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini.”


Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri..
Tetapi, keretakan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat.
Anda perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat kebaikan di dalam diri mereka.

Kepada semua sahabatku yang tidak sempurna, moga hari anda ceria dan ingatlah untuk mencium bau bunga-bungaan di laluan anda.


Sebarkan mesej ini kepada sahabat-sahabat anda yang mempunyai pelbagai kekurangan…

Dan Allah mengetahui berapa banyak sahabat-sahabat kita seperti itu..

Insya Allah.... saya sentiasa menghargai sahabat² saya yang serba kekurangan.. kerana saya jua punya kekurangan yang tersendiri...

Wednesday, January 21, 2009

::Facebook::

Assalamualaikum...




Add me @ facebook... emielyz21@yahoo.com




hehe saje jek menambahkan kenalan.. =)




p/s: nih jek yang sempat aku hapdet.. hehehe

Tuesday, January 20, 2009

::P.A.N.D.U.A.N::

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: Nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu Dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :

1. Sekadar Membaca Artikel ini untuk panduan anda.

2. Forward Artikel ini kepada kenalan anda dan Insya ALLAH redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

Pilihan saya, meletakkan artikel ini di dalam blog saya untuk tatapan semua.. untuk panduan diri saya jua diri anda semua... Insya Allah...

Monday, January 19, 2009

::Internet yang agak ...................::

R.I.N.D.U


Salam.. hye all... sebelum lelabah melabuhkan sawangnya... aku harus buat sesuatu.. hehe.. buat ape... ha updet blog la kan...ekceli byk citer yang aku nk kongsi wit uolls.. tp T.U.N.G.G.U.... hehe... banyak benda yang happen pada diriku ini.. der benda sedih.. benda gumbira.. benda happy neh nnti aku kongsi wit uolls.... x sabar rasanya.. ;)


Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat maju jaya pada adikku yang jauh dimata dekat dihati.. heheh.. skangneh dia tgh berdepan dgn paper..paper..paper... final exam... wishing her all the best dear.... i know u can do it.... da dpt email angah..? do reply it O.K.. skangni kt opis aku internet x bape nk baguih la... agak² cam sengal ubi sket.. kejap O.K.. kejap x... tensen jek... smpai nk wat koje pn payah... xleh print la.. xleh itu la.. ini la... haiks.. mcm²...


last weekend, aku abiskan masa aku dengan lepak kt rumah jek... malam minggu aku tgk movie 'M.A.U.T' ngn Chteh kt Alamanda... so far, citer tuh membuatkan aku insaf... korang layan la... ade benarnya citer tuh... semalam bawak Najla @ Jela gi jejalan ngn Chteh.. memandangkan mamanya koje... aku merangkap baby sitter pn bwkla round²... memula plan nk ke Zoo... tp Chteh kate boring.. kesudahannya kami gi tempat yang aku slaloo lepak time study dlu... Cheras Leisure Mall... ekceli da buntu x taw nk kemana.. nk hala ke KL.. sure jam nye... kami gi main game kt sane.. Jela ler plg hepi skali.. abis suma game dia nk men... aku ngn Chteh layan je la... bebudak kan... peh tu, kami bwk dia lepak kt Taman Tasik Permaisuri... meriah giler kt playground tu... aku ngn Chteh laks yg boring.. hahaha...klu leh main skali x pe gaks... so, kami pn lepaking dia atas bangku smbil jd pemerhati PBB... ops.. bukan pemerhati Jela... on the way balik singgah makan kt Restoran Amir, Bangi.. fav kedai team futsal Chteh.. then trus balik.. almaklumla, mlm nye ade Anugerah Juara Lagu.. cant wait to c my favo singer.. huhu.. sape lgik, Faizal Tahir... tp bukan rezeki beliau tuk menang Juara Lagu dis year.. ok la tuh da menang on best performance+vokal terbaik+kategori Balada... Sampai syurga... =)

ku membenarkan jiwaku tuk mencintaimu
ku persembahkan hidupku tuk bersama kamu
dan diriku untuk kamu
belum pernah kumerasai begitu
semua itu telah berlalu harapanku palsu
dan mungkin hari yang satu terus ku tertunggu
di hatiku masih kamu
belum pernah ku ingin terus memburu
*aku lemah tanpa kamu
ku inginmu dampingiku
aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu
#sampai syurga kumenunggu
sampai syurga ku cinta mu
hanya satu
hanya kamu
ku membiarkan hatiku tuk merinduimu
ku menghamparkan sakitku tuk tatapan kamu
bersamamu harapanku
hilang dalam terang yang membutakanku
dan segala yang ku ada ku berikan semua tuk dirimu saja
kumahu dirimu bahagia tuk selamanya
biar sampai syurga aku menunggu cinta darimu
agar ku sempurna
namun aku tetap aku
yang terbaik tuk diriku
hanya satu

Tuesday, January 13, 2009

::Kerinduan::

Assalamualaikum...


Rindu.. Rindu.. Rindu nk updet blog.. Masa terlalu mencemburui ku...



Miss ya all....



Dunia dikejutkan dengan kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Gaza di Palestin. Negara-negara kuasa dunia yang mewar-warkan keamanan, kemakmuran dan hak kemanusiaan sejagat telah mengecewakan seluruh masyarakat dunia yang menginginkan kedamaian. Dunia melihat pembunuhan orang awam di Palestin, di antaranya kanak-kanak dan wanita tanpa pembelaan. Walau pun begitu, masih ada golongan yang prihatin.



Kita tidak mampu untuk mengangkat senjata untuk berperang. Nak bersedekah pun tak banyak, Jadi apa yang kita boleh buat hanya berdoa, sembahyang hajat dan memboikot produk keluaran Yahudi dan sekutunya Amarika.



ALLAHU AKBAR,

ALLAHU AKBAR,

ALLAHU AKBAR



SESUNGGUHNYA MEREKA BUKAN HANYA MEMPERTAHANKAN NEGARA PALESTINA TAPI JUGA MEMPERTAHANKAN KESUCIAN MASJIDIL AQSA , YG MERUPAKAN QIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM. SEMOGA MEREKA WAFAT DALAM KEADAAN SYAHID, INSYA ALLAH. MARILAH KITA BERDO'A SEMOGA ALLAH MENURUNKAN "BALA BANTUAN-NYA" SEBAGAIMANA ALLAH TELAH MENURUNKAN "BALA BANTUAN-NYA" SAAT PERANG BADAR.

Wednesday, January 7, 2009

::No Updet::


Salam... kepada rakan² ku sekalian, kemungkinan blog aku neh akan menyepikan diri wat sementara waktu.. ini adalah kerana memberi laluan pada diriku yang agak ke'bz'an di awal² tahun neh... heheh.. so, sekiranya aku punya sedikit peluang dan kesempatan aku akan updet mana yang termampu eh.. heheh.. ekceli aku x bape pasti sama ade aku neh ade ke tidak loyal reader eh.. aku sedaya mampu akan cuba mengupdet blog aku ye...

i'll miss u all.... =)

Monday, January 5, 2009

::Kenanganku di Masjid Kristal::






Saje je paste pic nih.. suka²... ekceli baru jumpa dimana letaknya pic ni... hehe.. banyak lgi..tapi aku taruk skit je la.. wat tatapan pada yg sudi melihat je.. so,nih last trip family aku b4 my lil sis fly to ireland..
Layan.. Zasss

Sunday, January 4, 2009

Friday, January 2, 2009

::Balik Kampung::

yeyeyyy.... x saba nk balik... nak jumpa mak.. nak jumpa ayah.. nak jumpa Danish... Nak jumpa ALong.. nk jumpa Abg Long.. Nk jumpa Alang.. Nk jumpa Pussy.. Nak jumpa Kitty... hahahah.... ramainye yang aku nk jumpa... tp aku balik esok pgi.. coz mak pesan suh pegi pasar MAEPS sok... beli sumthing... so, sesapa di luar sane yang tinggal berdekatan dengan tapak MAEPS.. leh la jumpa kt sane eh... haha poyos... ok saje jek ngarut menghaban ni... tgh buhsan.. nk tgu 530 lambatnye laks aiii... ari ni aku g koje ngn CHteh... so, smbil tgu dia ler ni... ofis da lengang.. so, i'm better off rite now... Chaloss... Adios Amigos... Selamat bercuti semua.. =)

::New Year's Resolution::

Keazaman aku yang menebal tahun 2009.. hehehe

:: Nak memperbaiki diri agar menjadi Hamba Allah yang taat.. Anak yang lebih solehah.. Sahabat yang baik.. Pekerja yang berintegriti dan bertanggungjawab.. blogger yang rajin hehe...::
:: Nak jadi rajin..hardworking..diligent.. kesimpulannye serba serbi rajin....::
:: Ekceli ni azam aku yg plg aku harap ianya menjadi kenyataan... Aku nak kawen.. huhu.. Sekiranya jodoh ku sudah sampai.. =) ::
::Aku nak bahagia je tahun 2009 nih.. Last year.. mcm² benda happen kt diri aku... nk kate org dengki.. xtau la kan.... tp ade jek org yg senantiasa menganggu gugat kehidupan aku ni... so, aku ingin bahagia sentiasa dengan ku... so, pls ppl out there... dunt distracted my life...::
::Semoga Tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.. Insya Allah..::

Thursday, January 1, 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...